<body> <body>

Sunday, May 20
@6:32 PM

SELOKA

Apakah itu Seloka??

Seloka merupakan bentuk puisi Melayu Klasik, berisikan pepetah maupun perumpamaan yang mengandung senda gurau, sindiran bahkan ejekan. Biasanya ditulis empat baris memakai bentuk pantun atau syair, terkadang dapat juga ditemui seloka yang ditulis lebih dari empat baris.

Contoh-contoh Seloka

Sudah bertemu kasih sayang
Duduk terkurung malam siang
Hingga setapak tiada renggang
Tulang sendi habis berguncang

Baik budi emak si Randang
Dagang lalu ditanakkan
Tiada berkayu rumah diruntuhkan
Anak pulang kelaparan
Anak dipangku diletakkan
Kera dihutan disusui

Pendapatku tentang Seloka

Seloka tidak seberapa diminatiku kerana saya tidak terlalu faham tentangnya. Jika disuruh mengarang sebuah Seloka, saya tidak tahu membuatnya. Tetapi, saya juga suka belajar puisi-puisi Melayu yang jarang diajar.

@6:24 PM

PANTUN

Apakah itu Pantun??

Perkataan yang berkaitan sirih pinang banyak digunakan di dalam pantun, puisi, pepatah dan gurindam serta bidalan Melayu. Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang di dalamnya terserlah kehalusan budi dan ketajaman fikiran. Peribahasa pula mengandungi bidalan, pepatah, perumpamaan dan pembilang atau disebut juga, kata orang tua-tua. Di dalam peribahasa terkandung cakap-cakap bijaksana bagi menggambarkan pengalaman hidup. Ianya selalu disebut-sebut, lalu dipakai untuk menjadi sebagai bandingan, tauladan dan pengajaran.

Contoh-contoh Pantun


Membeli sirih dari pekan,
Mengasah kapak menuju kebun;
Hati kasih kepada tuan,
Sehari tak nampak rasa setahun.

Mengail ikan di bawah batang,
Ikan siakap kata senangin;
Tiga bulan abang tak datang,
Sirih dihantar dilayang angin.

Pinang tua beraga-raga,
Pinang muda lebihlah lagi;
Orang tua mengada-ngada,
Orang muda lebihlah lagi.

Pisau lipat di dalam puan,
Mari lambung di atas atap;
Sudah lama dendamkan tuan,
Ditunjuk jari namun tak dapat.

Pisau raut membelah pinang,
Parang mengerat pokok papaya;
Karam di laut boleh direnang,
Karam di darat apa upaya.

Putik pauh dari permatang,
Sayang selasih dalam puan;
Lagi jauh kami datang,
Kerana kasih kepada mu tuan.

Saya tak tahu pukul rebana,
Telunjuk patan saya tekankan;
Saya tak tahu sirih makna,
Sirih diunjuk saya makankan.

Pendapatku tentang Pantun

Pendapatku tentang Pantun ialah, ia kadangkala senang untuk dibuat dan kadangkala susah sedikit. Ia juga menarik untuk membuat sebuah pantun.

@6:15 PM

GURINDAM

Apakah itu Gurindam??

Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu lama yang terdiri dari dua baris kalimat dengan irama akhir yang sama, yang merupakan satu kesatuan yang utuh. Baris pertama berisikan semacam soal, masalah atau perjanjian dan baris kedua berisikan jawapannya atau akibat dari masalah atau perjanjian pada baris pertama tadi.

Contoh-contoh Gurindam

Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat

Barang siapa mengenal yang tersebut
Tahulah ia makna takut
Barang siapa meninggalkan sembahyang
Seperti rumah tiada bertiang
Barang siapa meninggalkan puasa
Tidaklah mendapat dua termasa
Barang siapa meninggalkan zakat
Tiadalah hartanya beroleh berkat
Barang siapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji

Pendapatku tentang Gurindam

Pendapatku tentang Gurindam ialah ia boleh memberi kami suatu pengajaran yang bagus dan kadang-kala beri kami apa yang kita akan dapat apabila membuat suatu yang salah.
Saya belajar Gurindam daripada Cikgu Norliza. Beliau mengajar saya contoh-contoh Gurindam, definisi Gurindam dan sebagainya tentang Gurindam.

@6:06 PM

Peperiksaan

Sebelum
Sebelum peperiksaan, saya mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang pernah diajar guru. Saya cuba memikirkan apa soalan-soalan yang akan di soal. Saya juga akan mencuba beberapa soalan di dalam buku teks saya.

Semasa
Semasa peperiksaan, aku memikirkan apa yang akan terjadi apabila saya mengagal peperiksaan itu. Itulah yang boleh menolongku cuba dengan sepenuh semangat. Jika saya mengagal peperiksaan, ibubapa saya akan cuba mengurangkan masa permainan saya dan melebihkan masa untuk saya belajar.

Selepas
Setelah peperiksaan sudah habis, saya berharap yang markah saya tinggi atau tukang periksa itu baik dan akan beri lebih markah.
Apabila markah sudah diberi, saya sangat gembira, kerana kebanyakan markah-markah saya boleh dianggap cemerlang untuk saya. Ibubapa saya juga gembira untuk saya.

Sunday, May 6
@9:24 PM

Akhirnya blogku siap, walaupun masih ada beberapa perkara yang saya belum betulkan.
Tanpa pertolongan kawan-kawanku, blog ini tidak akan berkesan
XP

@5:14 PM

Cikgu Norliza baru sahaja memberi kami kerja untuk membuat sebuah blog sebagai pertolongan untuk menarik markah SA1 kami ke atas. Hari ini aku baru belajar bagaimana hendak membuat blog walaupun saya tidak terlalu mengertinya..
XP


tentangku

syamsul
XMS
207

kawan-kawanku
-Blog Utamaku

TAG